Refund
HARAP MAAF TUAN PUAN. SILA BACA SELURUH LAMAN INI DENGAN TELITI SEBELUM ANDA TERUSKAN KE PROSES REFUND. KAMI AMAT HARGAI KERJASAMA ANDA. TERIMA KASIH.
Kami faham, ada DUA sebab utama kenapa anda mungkin ingin minta refund & izinkan kami explain ya.
SEBAB 1 : ANDA RASA PROGRAM INI SAMA SEPERTI KAEDAH YANG PERNAH ANDA PRAKTIKKAN DULU.
Tuan Puan yang dikasihi, Home Parenting Program Good Rizqi ini BUKAN semata-mata bagi anak Ganjaran bila buat baik & Denda bila anak buat tak baik.

Jika anda faham seperti itu saja, harap maaf, maknanya anda masih belum faham seluruh konsep program ini.

Jadi di sini kami nak terangkan kenapa ianya TAK SAMA seperti kaedah lain yang dah pernah anda praktikkan dulu.


APA BEZA KAEDAH PROGRAM INI DENGAN KAEDAH LAIN?

1. Kata kunci dalam program ini adalah tukar VERBAL kepada VISUAL. Ya betul, kita tetap gunakan konsep Ganjaran & Denda sebab itu asas parenting, tapi itu bukan kunci utama program ini.

Apa yang membezakan adalah BAGAIMANA kita nak praktikkan konsep Ganjaran & Denda itu melalui VISUAL, bukan VERBAL.

2. Setiap elemen dalam Carta Visual Good Rizqi ini telah melalui proses R&D selama lebih 10 bulan.
- Ada sebab kenapa kita gunakan konsep ISTANA & PENJARA.

- Ada sebab kenapa background carta visual itu warna BIRU.

- Ada sebab kenapa ada wajah emoji ibu bapa yang berubah ikut tahap behavior anak di tepi carta visual tu.

- Ada sebab kenapa kami letak "Sahaja aku buat baik kerana Allah Taala" di sebelah carta visual itu.

- Ada sebab kenapa kami rangkumkan Ganjaran & Denda dalam satu carta visual.

- Ada sebab kenapa kami tak nyatakan apa aktiviti yang boleh dapatkan Senyum atau Marah itu.

- Ada sebab kenapa kami tak nyatakan satu jumlah yang tetap untuk Senyum & Marah itu.

- Ada sebab kenapa ada 9 tapak ke atas, 3 tapak ke bawah.

- Ada sebab kenapa design dibuat tidak berwarna dan berwarna ikut tahap behavior anak.

- Ada sebab tona warna carta visual itu berubah dari suram di bawah, ceria di atas.

- Ada sebab kenapa elemen design dibuat menaik ke atas secara vertical dan bukan horizontal.

- Ada sebab kenapa kita gunakan emoji SENYUM untuk gambarkan kebaikan & emoji MARAH untuk gambarkan keburukan.

- Ada sebab kenapa kita gunakan ISTIGHFAR sebagai denda.

- Ada sebab kenapa JUMLAH ISTIGHFAR berbeza untuk setiap umur.

- Ada sebab kenapa design tasbih digital tu dibuat seperti itu.

- Ada sebab kenapa ada popup muka anak-anak orang lain yang dapat Stars di carta visual anak anda.

- Ada sebab kenapa kami pilih STARS sebagai icon untuk kumpul di ULTIMATE REWARD.

- Ada sebab kenapa carta visual ULTIMATE REWARD dibuat seperti pengembaraan itu.

- Ada sebab kenapa kena kumpul 50 stars untuk dapatkan ULTIMATE REWARD.

- Ada sebab kenapa bila sampai istana dapat 1 star, bila masuk penjara tolak 1 star.

- Ada sebab kenapa gambar DAILY REWARD dipaparkan di atas sekali carta visual anak anda.

- Ada sebab kenapa ada simbol jari telunjuk sedang pointing ke atas di carta visual itu.

- Ada sebab kenapa nak bagi SENYUM dan MARAH itu ada SOP yang diberikan.

- Ada sebab kenapa ada kiraan 1 2 3 dalam SOP yang diberikan.
Jadi Tuan Puan yang kami hormati, di sini dapat kita rumuskan yang ia bukan sekadar GANJARAN & DENDA. Ia lebih dari itu.

Semua yang anda lihat sekarang ini adalah hasil dari kami trial & error bagi berikan impak maksima pada psikologi anak-anak anda. InsyaAllah.

Jadi, agak mustahil untuk anda kata ianya sama saja seperti kaedah lain yang pernah anda praktikkan. Tapi tak mengapa, anda mungkin kurang jelas tadi, sekarang insyaAllah anda dah nampak bezanya.
SEBAB 2 : ANDA RASA PROGRAM INI TAK BERKESAN UNTUK UBAH SIKAP ANAK ANDA.
Kami mohon maaf Tuan Puan. Tiada istilah 'tak menjadi' sebenarnya. Sebab jika anda betul-betul praktikkan & anak tetap mengamuk, kami ada sediakan SOP untuk atasi isu ini.

Anak akan dapat 'Marah' & dia perlu istighfar jika masuk 'Penjara'. Lepas tu kitaran tu akan bermula semula sampai lah dia behave.

So basically anak anda tiada jalan keluar lain melainkan dia follow rules dalam program ini (jika anda praktik ikut SOP).

Tapi, jangan terkejut, ada anak yang akan cuba cabar kesabaran dan limit anda sebab mungkin dia dah terbiasa lihat anda marah & mengamuk sebelum ni.

Jadi dia akan cuba juga tak dengar cakap pada awalnya. Tapi bila dia dah sedar yang dia dah tak mampu nak trigger kemarahan anda & dia tak dapat apa bila mengamuk, dia akan mula patuh.

Biasanya, yang jadi isunya bila ibu bapa tak mampu kawal emosi, mereka tetap mengamuk & terus tak ikut SOP yang diberikan. (Sekali lagi kami mohon maaf, ini realiti yang kami sendiri lihat.)

Jika anda ikut SOP, insyaAllah anda akan sedar sama seperti kes seperti Tuan Wan di bawah ni.
Kata kuncinya adalah anda wajib ikut SOP yang diberikan, at least konsisten selama 14 hari untuk betul-betul anda confirm yang kaedah ini tak sesuai untuk anak anda.

Majoriti anak memang akan terus behave sepantas 4 minit, apa yang kami sarankan di atas ini untuk sebahagian kecil anak-anak yang sedikit berbeza ini.

Mereka bukan tak boleh dibentuk, cuma anda perlu konsisten untuk bagi dia nampak 'new normal' dalam cara anda handle keluarga anda ini.
PENGUMUMAN PENTING.
1. Pihak syarikat telah dapat kesan ada banyak kes di mana ibu bapa tak praktikkan pun apa yang diajar & nak minta refund.

2. Kami mohon maaf Tuan Puan. Home Parenting Program Good Rizqi ini sama saja seperti anda beli produk suplemen untuk anak-anak, jika anda tak beri anak anda makan produk itu, jadi mustahil anda dapat lihat kesan positif padanya.

3. Bagi mengelak isu seperti ini berlaku lagi, mulai 26/5/2020, pihak syarikat telah mengetatkan Terms & Conditions untuk proses refund ini.

4. Anda diwajibkan buat Video Journal selama 14 hari sebagai bukti yang anda ada cuba konsisten praktikkan SOP yang diberikan dan anak tetap tak tunjuk perubahan positif.

5. Apabila anda nak lakukan SOP yang diberikan, sila rekod video minima 1 minit supaya kami dapat lihat bagaimana respon negatif anak anda itu.

*PASTIKAN ANDA IKUT SOP YANG DIBERIKAN DENGAN BETUL KETIKA PRAKTIKKAN KAEDAH INI.

6. Sehari hanya perlu satu video saja. Jadi anda akan perlu submit 14 video berdurasi at least 1 minit yang tunjukkan anda ikut SOP & anak anda tetap tidak berubah selama 14 hari itu.

7. Lepas anda submit 14 Video itu, pihak kami akan ambil masa 4 HARI BEKERJA untuk semak video itu dan proses refund anda.

8. Kami amat hargai kerjasama anda. Terima kasih.
Tuan Puan dah ada 14 video berdurasi minima 1 minit setiap satunya yang tunjukkan anda ikut SOP kaedah ini dengan betul selama 14 hari & anak anda tetap tiada perubahan positif?
SAYA DAH ADA SEMUA 14 VIDEO TERSEBUT.
SAYA MASIH TIADA 14 VIDEO TERSEBUT.
REFUND INI HANYA AKAN DIPROSES JIKA TUAN PUAN BELUM LEBIH 20 HARI SERTAI PROGRAM INI.

JIKA DAH MELEBIHI 20 HARI ANDA SERTAI PROGRAM INI, HARAP MAAF TUAN PUAN, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK REFUND.

INI KERANA TERMS & CONDITIONS MONEY BACK GUARANTEE KAMI HANYA COVER UNTUK 20 HARI SAJA LEPAS PENYERTAAN. HARAP MAKLUM.